Friday, March 13, 2009

Membenci Bapak

"Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang mengaku Bapak kepada orang lain padahal dia sedar bahawa orang itu bukan bapaknya maka haram syurga baginya." (no 52, h.r. Muslim)"

Thursday, March 5, 2009

Ar-Rayah & Al-Liwa'

Al-Liwa' adalah panji-panji Islam yang digunakan oleh para pemimpin Islam seperti khalifah.
Ar-Rayah adalah bendera yang dibawa oleh para mujahidin di medan jihad.

Al-Liwa' Rasulullah S.A.W. adalah sebidang kain putih dengan tulisan Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah di tengahnya.
Ar-Rayah Rasulullah S.A.W. adalah sebidang kain wol hitam dengan tulisan Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah di tengahnya.

Dengan demikian Liwa' adalah bendera putih dengan tulisan hitam,
sedangkan Royah adalah bendera hitam dengan tulisan putih.

Ibnu 'Abbas r.a. meriwayatkan bahwa bendera Royah Rasulullah berwarna hitam dan Liwa' berwarna putih. Pada saat perang Mu'tah Rasulullah menyampaikan khutbahnya di Madinah. Rasulullah menceritakan apa yang terjadi di tengah kancah peperangan kepada kaum Muslimin. Beliau menceritakan bahwa pada saat itu Zaid terbunuh, lalu Ja'far mengambil bendera hitam (Royah) dari tangan Zaid, ketika Ja'far terbunuh, maka Abdullah bin Rawahah mengambil Royah.


Dari Ibnu Abbas r.a. "Royah-royah (panji) Rasul SAW berwarna hitam sedangkan benderanya (Liwa') berwarna putih" [HR Tirmizi]

Al-Liwa' (Bendera)


Ar-Royah (Panji)

Bersatulah wahai umat Islam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sebagai seorang muslim, saya menyeru diri saya dan sekelian muslimin di seluruh dunia.
BERSATULAH KITA DI BWAH KALIMAH
"LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUN RASULULLAH"

Kita tidak punya khilafah lagi setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah di Turki pada 1924.
Ingatlah bahawa umat Islam telah ramai tetapi sangat lemah seperti buih di lautan.
Jika kita bersatu, kita akan menjadi kuat dan tiada satu umat yang dapat mempermainkan umat Islam, walaupun mereka lebih ramai dari umat Islam.

Janganlah kita taksub dengan semangat asobiah atau perkauman.
Tiada kaum yang lebih baik di sisiAllah selain kaum yang beriman & bertaqwa kepadaNya.
Bukan parti politik menjadi ukuran wala' atau loyalty kita.
Bukan UMNO, bukan PAS dan bukan PKR.
Parti politik hanya akan memecah-belah umat Islam.
Percaya atau tidak terpulang, lihat sendiri umat Islam yang berada dalam parti yang berlainan.
Sering bergaduh, tidak sepakat dan berlainan haluan kerana parti masing-masing.

Islam tidak pernah mengajar kita mempertahankan parti sehingga menghina dan mencerca sesama muslim, menjatuhkan maruah muslim lain dengan cara yang keji dan hina.
Islam mengajar kita mempertahankan agama atau dien Islam, umat Islam dan negara Islam.
Tidak kira di mana umat Islam dan negara Islam itu berada.
Bumi ini milik mutlak Allah dan umat Islam adalah Khalifa di bumi.
Bumi Allah punya undang-undang dan syariat Islam adalah undang-undang Allah.

Saturday, February 28, 2009

Adakah kita lupa?

Adakah kita lupa, kita adalah manusia yang dijadikan dengan sifat yang paling sempurna. Namun begitu, maksud manusia adalah "yang lupa."

Jadi terpulang pada anda untuk menentukan lagu mana yang lebih baik bagi anda, sama ada lagu Anak kecil main api atau Adakah kau lupa.

Tepuk dada tanya selera, itu untuk pilihan makan.
Tepuk dada tanya iman, itu untuk pilihan jalan.

Adakah kau lupa?





Adakah kau lupa,
Kita pernah berjaya,
Adakah kau lupa,
Kita pernah berkuasa,

Memayungi dua pertiga dunia,
Merentas benua melayari samudera,
Keimanan juga ketaqwaan,
Rahsia mereka capai kejayaan,

Bangunlah wahai anak bangsa,
Kita bina kekuatan jiwa,
Rempuh rintangan perjuangan,

Gemilang generasi yang silam,
Membawa arus perubahan,
Keikhlasan hati dan nurani,
Ketulusan jiwa mereka berjuang,

Sejarah telah mengajar kita,
Budaya Islam di serata dunia,
Membina tamadun berjaya,
Merubah mengangkat maruah,

Adakah kau lupa,
Adakah kau lupa,
Adakah kau lupa...

Anak kecil main api.

Anak kecil main api adalah satu lagu yang memberikan nasihat dan ingatan kepada orang Melayu. Sedar atau tidak kadangkala orang yang menyanyikan lagu ini sendiri lupa apakah mesej yang disampaikan dalam lagu ini. Lihatlah senikata lagu ini:

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang,

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman,

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri,

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang,

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri,

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan Maha Perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.
Sama-sama kita fikirkan dan renungkan apakah mesej yang tersurat dan tersirat dalam lagu ini. Jika kita punya mata kita dapat melihat, tapi jika mata hati kita celik, kita mampu mentafsir...